SERAM : Jeritan misteri

Assalamualaikum.

Kali ni aku nak share something yang meninggalkan tanda tanya bagi aku. Sebenarnya aku masih agak blur mengenai kejadian ni. Ok pendekkan cerita macam ni ..

Ada satu malam tu aku tumpang tidur dekat rumah sepupu aku (rumah bujang). Macam biasa, kami akan bentangkan tilam kat hall dan tidur beramai-ramai. (3 orang je).

Malam tu mata aku ni rasa mengantuk gila. Belum pukul 11 malam lagi dah tersengguk-sengguk tahan ngantuk. Last terlena macam tu je. Agak dalam jam 3pagi macam tu, aku rasa macam ditindih. Mengantuk punya pasal nak buka mata pun dah tak mampu. Aku mengiring ke arah lain. Dalam nak lena balik tu, rasa macam ditindih sekali lagi.

Entah apa kepeliknya aku siap mimpi lagi. Dalam mimpi tu kononnya aku mengadu kat sepupu aku yang aku ni, tak bole tido asyik kena tindih je. Sepupu aku senyum je kat aku. Aku cakap kat dia, aku nak azan lah kuat-kuat. Rimas tak bole tido. cepat-cepat, sepupu aku cakap, jangan azan nanti "ada" yang marah!". Kononnya aku berdiri dan azan, belum habis azan, aku terus jatuh".....

Aku tersedar diri mimpi sebab sepupu aku kejutkan. Dia terkejut, dengar aku menjerit, suara "lain" kata dia..

Yang ni bukan yang jadi tanda tanya kat aku. Yang buat aku tertanya-tanya adalah,

Pada masa yang sama, sebelum aku jerit tu. Sepupu aku yang sorang lagi (kan kami bertiga) tiba-tiba terjaga dari tido dia sebab terkejut tiba-tiba ada "cahaya" berbentuk bulat dan terang sangat kat lengan dia. Dalam beberapa saat dia nampak macam ada kumpalan asap yang membentuk
seperti "lelaki" di dinding sebelah dia. Pas tu dalam 2 3 minit tu baru aku "menjerit".

Malam tu kami pasang yassin dan ruqyah sampai ke subuh. Tapi di tingkap luar rumah kedengaran seperti ada yang membaling batu berulang kali ... esok nya sepupu aku cerita dia selalu dengar ada suara yang menjerit sayup-sayup antara jam 2pagi hingga subuh.

Hmmm..

Gambar Hiasan


Esoknya sepupu aku ada cerita yang dia selalu dengar "jeritan" meraung sayup-sayup kedengaran dalam pukul 2pagi-subuh. Boleh dikatakan siang atau malam kedengaran bunyi di atas bumbung rumah. Sebelum ni mereka sangkakan musang. Sebab sepupu aku pernah nampak sekali. Tapi yang menjadi tanda tanya adakah bunyi musang seperti lompatan ataupun seperti ada yang bergolek-golek atas bumbung rumah?

Sampai hari ni gangguan masih berlaku. Reaction kami? Buat taktau ja. Selalunya selepas solat, sepupu aku akan baca yassin dan surah pilihan dan ditiupkan ke dalam air. Air tu direnjis-renjis keliling rumah.

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sakit dibahagian vagina semasa hamil

Kad jemputan perkahwinan simple

Sijil SKM hilang