Tak suka ke kalau Izrail?

Assalamualaikum

Hari tu duduk lepak kat rumah dengan kawan aku. Kebetulan masa tu ada anak buah sekali. Anak buah aku tu memang suka sangat kalau duduk tengah-tengah kitaorang. Manja katakan. 

Kami ada juga tersentuh topik, kalau kahwin nanti nak letak nama anak apa?

Aku : Kalau boleh aku nak letak nama anak aku satu pangkal nama ja. Contoh, kalau perempuan nak letak nama Sarah ja. Takmau la aku nama panjang-panjang.

Kawan aku : Kalau aku nak letak nama .. Siti bla bla bla ~ (aku dah lupa daaa)

Aku : Emmm, kalau lelaki aku suka sangat nama Mikhail. 

Kawan aku : Kalau perempuan?

Aku : Kalau perempuan aku tak terfikir lagi. Aku fikir lelaki ja. Aku suka sangat nama Mikhail tuuu

Anak buah aku selamba je mencelah?

Anak buah aku : Kenapa mama cyak tak letak nama Izrail?

Aku dan kawan aku : Erkkkkkk

Anak buah aku : ustazah kata malaikat ada nama, Jibril, Mikail, Israfil, Izrail, ...... (dan dia menyebut satu persatu nama malaikat yang lain)

dan... anak buah aku sambung lagi. "kenapa mama cyak tak suka ke nama Izrail?"

Alahai budak-budak zaman sekarang. That why aku suka budak-budak, kadang soalan diaorang tu lucu. Tapi sebenarnya ada kebenarannya juga. Kenapa tak suka ke Izrail?

Emmmm....

Ini la anak buah kesayanganku

with kakak dengan adik. Time ni masa kenduri kat Perak

With anak-anak buah dan baju biru tu, Hakimi (sepupu)



Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sakit dibahagian vagina semasa hamil

Kad jemputan perkahwinan simple

Sijil SKM hilang