Hati Perempuan Dengki

Assalamualaikum


Jangan menanti dan menunggu hujan reda. Tetapi, menarilah dalam hujan. 

Kadang kita rasa kita dah buat yang terbaik
Jangankan kata suami orang
Pakwe orang pun kita taknak kacau

Bukan apa, takut nanti hak kita pulak dirampas
Memang la kalau bercinta tu takdak ikatan
Takdak lagi istilah dia "hak" lu atau gua
Tapi kita ni perempuan.

Lu dan gua sama-sama hawa
Lu dan gua  sama-sama faham perasaan hawa tu macam mana
Jangan fikir tentang hati sendiri
Fikir sama hati orang lain

Kalau nak berkawan, kawan lah
Gua bukan heran sangat
Nak pergi jalan-jalan ke
Nak pergi tengok wayang ke
Lantaklah

Tapi lu jangan buat wayang depan gua sudahlah
Gua faham hati lu tu apa
Gua tau lu tu nak apa
Ala, kita ni sama-sama hawa
Cara lenggok mata lu pun gua dah tau
Cara lu cakap pun gua dah faham
Ala, kita ni kan sama-sama hawa

Tak baik hawa
Dosa kalau kacau tunang orang
Dosa kalau cuba runtuhkan masjid yang orang nak bina
Kadang kita tertanya-tanya
Kenapa kita belum berpunya
Kenapa kita belum ada yang menyunting
Sebab apa?

Sebab kita terlupa nak redha
Kita tak ikhlas terima qada dan qadar
Sebab tu Allah tak bagi kita jumpa "Mr Right" kita
Sekali lagi, berhentilah dari ganggu hubungan orang
Kita kan sama-sama hawa?

Lu respect gua
Gua respect lu


Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sakit dibahagian vagina semasa hamil

Kad jemputan perkahwinan simple

Sijil SKM hilang