Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2014

Baru Faham

Imej
Assalamualaikum
Sekarang dah faham apa maksud PERKAHWINAN. Walaupun ramai yang tak buat status macam ni. Biar aku jadi yang pertama. (selalu orang baru kawen update gambar / status sweet-sweet) Meh nak update sikit, udang di sebalik mee tu.

Alhamdulilah bila dah nikah ni

Baru paham apa maksud ikhlas.

Kalau biasa bangun selepas subuh , sekarang kena bangun sebelum subuh.
Kemas bilik
Basuh baju, sidai.
Sediakan sarapan.
Balik keja, sediakan juadah untuk makan malam.
Kemas rumah.

Boleh kata, zaman "bujang" 100% tak sama! Dulu balik dari kerja, terus boleh makan. Kalau hari minggu baru masak. Tu pun kadang-kadang. Lepas solat isyak boleh lepak depan TV atau buka laptop online ja.Sekarang kena masak dulu.Lepas isyak, tak boleh terus rilek, kena mengemas rumah sekali lagi, kena lipat baju. Mujur Allah kurnia suami yang ringan tulang. Yang mana tak sempat, suami yang tolong settle. :) <3 Mujur juga suami selalu cakap, "tak apa, awak amek masa dan belajar perlahan-lahan" .. …