Baru Faham

Assalamualaikum

Sekarang dah faham apa maksud PERKAHWINAN. Walaupun ramai yang tak buat status macam ni. Biar aku jadi yang pertama. (selalu orang baru kawen update gambar / status sweet-sweet) Meh nak update sikit, udang di sebalik mee tu.

Alhamdulilah bila dah nikah ni

Baru paham apa maksud ikhlas.

Kalau biasa bangun selepas subuh , sekarang kena bangun sebelum subuh.
Kemas bilik
Basuh baju, sidai.
Sediakan sarapan.
Balik keja, sediakan juadah untuk makan malam.
Kemas rumah.

Boleh kata, zaman "bujang" 100% tak sama! Dulu balik dari kerja, terus boleh makan. Kalau hari minggu baru masak. Tu pun kadang-kadang. Lepas solat isyak boleh lepak depan TV atau buka laptop online ja.Sekarang kena masak dulu.Lepas isyak, tak boleh terus rilek, kena mengemas rumah sekali lagi, kena lipat baju. Mujur Allah kurnia suami yang ringan tulang. Yang mana tak sempat, suami yang tolong settle. :) <3 Mujur juga suami selalu cakap, "tak apa, awak amek masa dan belajar perlahan-lahan" .. (pilih ikan pun suami yang ajarkan)

Sekarang baru faham beberapa perkara :

Kenapa orang kata, dah kawen tanggungjawab besar.
Makan pakai suami kita kena jaga. Itu belum ada anak lagi. Kalau dah ada rezeki, lagi la kita perlukan persediaan mental dan fizikal secukupnya.

Kenapa orang kata jadi perempuan senang dapat pahala. Yang penting ikhlas. Baru paham kenapa Mak tak pernah merungut, walaupun tak tido semalaman sebab jaga aku atau adik-adik sakit.

Baru paham kenapa orang kata, kerja rumah tak pernah abes!

Walaupun letih, balik dari kerja sambung pulak kerja rumah. Tapi rasa berbaloi. Rasa hilang semua letih. Yalah kita tak sempurna, tapi cuba sehabis baik untuk buat suami bahagia dan selesa.

Lagi satu yang masih diharap , mungkin satu hari nanti baru aku faham.
Kenapa orang kata, ada anak pengikat kasih sayang.

Bagi aku, kalau ada anak kecil dalam rumah baru ada seri! Doa-doakan la moga murah rezeki.

Pendek cerita, nak nikah kena bersedia segala-galanya. Kena berubah sikap 100% daripada sebelumnya. Yang penting bila dah nikah kena balik pada "agama' ..








Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sakit dibahagian vagina semasa hamil

Kad jemputan perkahwinan simple

Sijil SKM hilang