Takdir

Assalamualaikum

Bagi yang sering bertanya di mana jodoh
Di mana sidia
Ingin juga hidup seperti mana mereka semua
Punya pendamping jiwa

Mari kembali semak hati dan jiwa
Teliti amal , kaji diri
Hati itu Allah yang pegang
Jiwa itu Allah yang punya
Mintak pada DIA yang Maha Berkuasa
DIA MAHA MENDENGAR
DIA MAHA MENGETAHUI
DIA cuma menunggu kita mengadu dan bersujud padaNYA
Mengadu lah pada DIA
Seribu langkah DIA dekat pada kita

Aku menulis sebab aku juga pernah bertanya tentang takdir
Bila aku akan diikat oleh jiwa yang aku damba
Ada waktu aku hanya mampu menunduk apabila diaju soalan "bila?"
Adilkah?
Padahal dikala itu aku sering jadi manusia derhaka
Seringkali lupa pada DIA

Syukur, pada akhirnya kembali
Takdir itu aku cuma lalui, bukan mengetahui;




Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sakit dibahagian vagina semasa hamil

Kad jemputan perkahwinan simple

Sijil SKM hilang