Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2015

MARHEAN

Imej
Assalamualaikum

Jika perlu akur pada dunia yang keji
Rela ku mati sendiri
Mengadap mentari yang kian membara bahangnya
Rakus membakar setiap kulit pipi pedih
Lebih seksa tubuh yang menanggung
Untuk memenuhi keperluan hidup yang kejam dan tak berhati
Terus-terusan rakus menyembelih leher bangsa sendiri
Dunia di hati
Akhirat di kaki
Janji Allah penyejuk hati yang hampir mati

Esok di sana, 'kepala' di soal terlebih dahulu
Waktu itu,

YA
WAKTU
ITU

Aku akan bergesel ke tepi
Menuntut kembali amanah yang dulunya engkau pandang basi.


ZURIAT

Imej
Assalamualaikum
Macam hari-hari biasa, masih melakukan perkara-perkara biasa untuk kehidupan yang biasa-biasa. Dalam hati kecil masih terasa 'kehilangan' zuriat yang dinanti. Mungkin belum rezeki, 'pujuk hati sendiri'. Yang baik tu semua daripada DIA, yang buruk tu kelemahan aku sendiri, ya kesalahan yang dilakukan kerana terlalu mengikut hati.

YA
HATI.

Mentari masih bersinar seperti biasa. Bernafas pun masih mengikut fitrah. Ya mungkin esok masih ada.  Itupun jika Tuhanku belum ingin jemput aku kembali. InsyaAllah, itu bermakna peluang masih ada.

MASIH
ADA

Untuk aku terus gapai impian dan doa tak pernah sekali pun aku lupa titipkan. Ya Tuhanku kurniakanlah kepada hambaMu ini, zuriat yang sempurna akhlak dan sifatnya. Amin.

Semoga persoalan bila? juga akan turut terhenti.

InsyaAllah, amin.