Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2015

Spagethi Seafood Goreng

Imej
Assalamualaikum

Spagethi goreng seafood.
Resepi seperti di bawah: Bahan-bahan
spagethi
Bawang putih (potong nipis)
Brokoli*
cendawan butang*
baby corn*
lada hitam
sotong/udang/siput lala (kalau letak siput lala lagi sedap)
marjerin
garam
serbuk perasa*optional
cara-caranya:
Rebus spagethi dan letakkan 1 camca marjerin ke dalam air rebusan dan biarkan sehingga spagethi lembut.
(tujuan letak marjerin supaya spagethi nampak berkilat)
Masukkan margerin ke dalam kuali dan biarkan margerin cair
Tumis bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan sotong dan udang goreng seketika
masukkan semua yang bertanda * dan biarkan seketika
masukkan spagethi yang direbus lembut tadi
masukkan lada hitam (jangan terlalu banyak- agak-agak ye)
masukkan siput lala dan biarkan siput lala sehingga masak
dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa. siap! selamat mencuba dan menjamu selera.

dalam gambar ni saya masak apa yang ada dalam fridge je.