Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2015

Sakit dibahagian vagina semasa hamil

Imej
Assalamualaikum



Saja aje lah nak sharing apa aku rasa time pregnant ni. Memang nampak update tentang pregnancy je kan. Sebenarnya bila tengok 'memori' tahun 2015 ni berapa kerat je yang aku menulis. Memang diakui sejak aku nikah masa agak terbatas. Tambahan pulak dengan kerja yang agak bertimbun kat opis ni ahhhh memang busy lor.

Masuk 26minggu hari tu, bahagian bawah vagina aku agak sakit hingga melarat ke kelengkang. Sampaikan nak berjalan pun tak mampu. Paling terasa time solat dan apabila baring. Perghhh sakitnya nak beralih punggung pun tak mampu. Bila check up dekat KKIA, nurse or doktor cakap perkara normal. Takde benda yang nak dirisaukan.

Oleh kerana kurang berpuas hari dengan jawapan yang nurse or doktor bagi jadi dengan gigihnya aku google. Yelah mana tau kencing kotor ke, baby dah turun ke, uri dibawah ke ... kan?

Dibawah contoh antara simpton yang aku alami (sama macam apa yang aku google) :

Sakit belakang, sakit girdel pelvis atau sakit pada bahagian paha.

Sakit…

Gerakan baby dalam kandungan

Imej
Assalamualaikum
Perasan tak 2 3 hari ni macam kerap pulak update. Itu tandanya rajin nak bercerita. Ewah. Aku mula rasa pergerakan baby sejak kandungan berusia 20weeks. Masa ni, dah mula rasa geli dan semacam 'sepakan' halussss. Oleh kerana ni pertama kali aku pregnant, jadi dengan gigihnya aku google macam mana rasanya pergerakan baby dalam kandungan. Secara kesimpulannya apa yang aku rasa tu memang namanya pergerakan baby la.

Masuk minggu ke minggu pergerakan baby makin kuat dan aktif. Pernah sekali tu, masa kandungan masuk minggu yang ke 26, dalam sehari tu aku tak rasa lansung pergerakan baby. Memang gelabah la. Padahal waktu tu belum start kira pergerakan baby pun. Tapi dah kebiasaannya memang boleh rasa pergerakan baby mana tak gelabah, susah hati, kan kan? Encik suami cuma tenangkan aku, beliau suruh aku stop fikir yang bukan-bukan. Aku cuma mengangguk je. Tapi jujurnya malam tu lansung aku tak boleh nak lelapkan mata. Dalam fikiran ni, tak sabar nak nantikan pagi.

Eso…

Minyak selusuh

Imej
Assalamualaikum
Sebenarnya adik aku yang 'kenalkan' salah satu ikhitiar untuk memudahkan proses untuk melahirkan seorang khalifah Allah selain daripada rajin berjalan, naik turun tangga, senaman untuk ibu hamil dan sebagainya adalah dengan  mengambil minyak selusuh. Insyallah dengan izinNYA. Kita sebagai hamba hanya berusaha.

Macam post aku yang sebelum ni, jujurnya aku berharap sangat yang aku akan bersalin sebelum kandungan aku masuk 39weeks. Sebabnya insyallah jika tidak, aku akan di induce. Risau juga jika kena bersalin secara czer. Tetapi kalau dah memang Allah tetapkan yang aku akan bersalin nanti secara czer, apapun aku tetap redha.

Ok ok skip meh aku ceritakan macam mana proses buat minyak selusuh ni. Santan yang ditanak sehingga menjadi minyak. Haaaa minyak tu la yang diambil untuk dijadikan sebagai minyak selusuh. Mesti ada yang ketawa, aihhh dia ni yang tu pun nak cerita. Sebenarnya, aku pun taktau yang minyak kelapa tu yang orang ambil untuk dijadikan minyak selus…

Insulin ketika mengandung

Imej
Assalamualaikum 
Alhamdulilah kandungan aku dah nak masuk 32minggu. Syukur sangat-sangat. Persiapan untuk sambut 'orang baru' pun dah boleh dikatakan 100% siap. Cuma itulah, still bertangguh nak get ready packing siap-siap dalam beg.

Sepanjang tempoh kehamilan ni, alhamdulilah takde sebarang 'morning sickness'. Kadang orang tak perasan pun yang aku mengandung. Kemain aktif katanya. Lagipun perut tak berapa nak 'menonjol' mungkin sebab faktor badan kot. Ahaksss!

Tapiiiii tipulah kalau kata semuanya lancar takpa ada sebarang masalah kan. Dah namanya mengandung. Masalah aku tersangkut kencing manis (GDM). Dah tu kena insulin setiap malam sebanyak 6 unit. Mujur bacaan gula waktu pagi je yang agak tinggi. Tapi sebenarnya bagi aku still normal range lagi. (5.2mmol/L , 5.4mmol/L .....) Oleh kerana aku sedang mengandung, jadi bacaan pagi tidak boleh melebihi 5.0mmol/L.

Bila dah ada GDM ni, sebenarnya tak boleh nak hilangkan pun. Kena control makan je lah. Tambahan aku…