Gerakan baby dalam kandungan

Assalamualaikum

Perasan tak 2 3 hari ni macam kerap pulak update. Itu tandanya rajin nak bercerita. Ewah. Aku mula rasa pergerakan baby sejak kandungan berusia 20weeks. Masa ni, dah mula rasa geli dan semacam 'sepakan' halussss. Oleh kerana ni pertama kali aku pregnant, jadi dengan gigihnya aku google macam mana rasanya pergerakan baby dalam kandungan. Secara kesimpulannya apa yang aku rasa tu memang namanya pergerakan baby la.

Masuk minggu ke minggu pergerakan baby makin kuat dan aktif. Pernah sekali tu, masa kandungan masuk minggu yang ke 26, dalam sehari tu aku tak rasa lansung pergerakan baby. Memang gelabah la. Padahal waktu tu belum start kira pergerakan baby pun. Tapi dah kebiasaannya memang boleh rasa pergerakan baby mana tak gelabah, susah hati, kan kan? Encik suami cuma tenangkan aku, beliau suruh aku stop fikir yang bukan-bukan. Aku cuma mengangguk je. Tapi jujurnya malam tu lansung aku tak boleh nak lelapkan mata. Dalam fikiran ni, tak sabar nak nantikan pagi.

Esok paginya, aku mc dan terus ke klinik Jammy Suzanna. Alhamdulilah, bila scan check kiraan jantung baby semuanya normal. Boleh pulak time scan tu, baby siap menendang lagi. Tapi time tu macam keciwa sikit laaa baby still takmau tunjuk gender. It's sokayyyy nak, asalkan kamu aktif ibu dah tenang. Tau tak kenapa aku tak direct ke hospital seperti sepatutnya? Ehem, sebenarnya adakala betul jugak kata suami aku, iaitu aku memang cepat gelabah. Mihmih




Masuk je usia kandungan 7 bulan nurse di KKIA dah suruh kira pergerakan baby. Diakui aku memang skema, setiap pergerakan baby aku catit dengan berhemat. No tipu-tipu. Takda lah aku usung buku pink tu kehulu kehilir, aku buat 1 jadual dalam sekeping A5, dan tanda je laaaa. Senang. Ada juga para ibu yang memandang remeh tentang catitan pergerakan baby ni. Tapi sebaiknya, ada kebaikan untuk kita kenal pergerakan baby dalam kandungan. Lebih baik daripada menyesal di kemudian hari. Ye idakkk?

Alhamudilah masuk 8 bulan pregnant ni, baby memang aktif. Sekarang ni dah rasa sepakan padu gitewww. Ini yang dinamakan bergegar tulang rusuk sampai bergegar perut. Takpe nak, sayang nak main bola pun takpa. Ibu tetap senang asalkan kamu terus aktif.

Masa kandungan 28minggu hari tu baby dah tunjuk gender. Samaada di private atau KKIA tetap nyatakan gender yang sama. Alhamdulilah .. Itupun sebelum pergi scan aku siap pujuk baby lagi. Sayang tunjuk la kat ibu. Ibu nak beli baju pink ke biru. hihi. Alhamdulilah, anak ibu dengar.




Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sakit dibahagian vagina semasa hamil

Kad jemputan perkahwinan simple

Sijil SKM hilang