Insulin ketika mengandung

Assalamualaikum 

Alhamdulilah kandungan aku dah nak masuk 32minggu. Syukur sangat-sangat. Persiapan untuk sambut 'orang baru' pun dah boleh dikatakan 100% siap. Cuma itulah, still bertangguh nak get ready packing siap-siap dalam beg.

Sepanjang tempoh kehamilan ni, alhamdulilah takde sebarang 'morning sickness'. Kadang orang tak perasan pun yang aku mengandung. Kemain aktif katanya. Lagipun perut tak berapa nak 'menonjol' mungkin sebab faktor badan kot. Ahaksss!

Tapiiiii tipulah kalau kata semuanya lancar takpa ada sebarang masalah kan. Dah namanya mengandung. Masalah aku tersangkut kencing manis (GDM). Dah tu kena insulin setiap malam sebanyak 6 unit. Mujur bacaan gula waktu pagi je yang agak tinggi. Tapi sebenarnya bagi aku still normal range lagi. (5.2mmol/L , 5.4mmol/L .....) Oleh kerana aku sedang mengandung, jadi bacaan pagi tidak boleh melebihi 5.0mmol/L.

Bila dah ada GDM ni, sebenarnya tak boleh nak hilangkan pun. Kena control makan je lah. Tambahan aku ni jenis yang 'kuat makan' so setiap kali nak makan aku akan 'mindset' yang kalau ikut nafsu badan binasa. Sayang baby kan......... So, kipidap dongibab! Setakat ni berjayalah. Bila checkup mata dan sebagainya alhamdulilah doktor akan cakap yang kesihatan aku memuaskan dan tidak terdapat sebarang pengaruh kencing manis.


Ni masa kandungan 9minggu

Dibawah adalah contoh bacaan normal untuk ibu mengandung :

Pagi : 5.0mmol/L
Tengah hari : 6.0mmol/L
Petang : 6.0mmol/L
Malam : 7.0mmol/L

Dah namanya kena insulin, jadi aku kena repeat BSP 2minggu sekali. Hmmmm, dah tu kena checkup sebulan 2 kali. Untuk mu anak, ibu redha. Sekarang ni, setiap kali pergi checkup ja mesti aku akan sakit-sakit badan. Mungkin sebab kena tunggu giliran lama sangat kot. Yalah duduk ja atas kerusi tu 4 - 6jam.

Lagi satu perkara yang agak merisaukan, mohon-mohonlah aku dapat bersalin normal. Sebab nurse dekat KKIA cakap aku cuma 'dibenarkan' teruskan kehamilan sehingga kandungan berusia 38minggu sahaja jika tidak, besar kemungkinan aku akan kena induce. Sebab atas faktor keselamatan takut la kalau-kalau baby terlalu besar, atau lemas. Nauzubillah ...

Semoga semuanya dipermudahkan hendaknya. Tengoklah kalau diberi kelapangan aku akan update checklist yang super bajet dan dijamin tidak akan berlaku pembaziran untuk keperluan baby dan ibu berpantang. Insyallah.


Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sakit dibahagian vagina semasa hamil

Kad jemputan perkahwinan simple

Sijil SKM hilang