Minyak selusuh

Assalamualaikum

Sebenarnya adik aku yang 'kenalkan' salah satu ikhitiar untuk memudahkan proses untuk melahirkan seorang khalifah Allah selain daripada rajin berjalan, naik turun tangga, senaman untuk ibu hamil dan sebagainya adalah dengan  mengambil minyak selusuh. Insyallah dengan izinNYA. Kita sebagai hamba hanya berusaha.

Macam post aku yang sebelum ni, jujurnya aku berharap sangat yang aku akan bersalin sebelum kandungan aku masuk 39weeks. Sebabnya insyallah jika tidak, aku akan di induce. Risau juga jika kena bersalin secara czer. Tetapi kalau dah memang Allah tetapkan yang aku akan bersalin nanti secara czer, apapun aku tetap redha.

Ok ok skip meh aku ceritakan macam mana proses buat minyak selusuh ni. Santan yang ditanak sehingga menjadi minyak. Haaaa minyak tu la yang diambil untuk dijadikan sebagai minyak selusuh. Mesti ada yang ketawa, aihhh dia ni yang tu pun nak cerita. Sebenarnya, aku pun taktau yang minyak kelapa tu yang orang ambil untuk dijadikan minyak selusuh. Minyak tu pun, aku ambil dekat rumah mak aku. Ayah aku memang rajin bab menanak minyak ni.




Seterusnya, aku ditemani oleh mak, ayah dan suami ke rumah mak mertua adik aku. Mintak bapa saudara beliau yang buatkan. Oleh kerana adik aku yang kenalkan, so aku cari orang yang sama juga yang pernah tolong buatkan untuk adik aku dulu. Tokwan yang buatkan tu, jenis slamber je pandai berjenaka. Tapi di akhir perbualan beliau berkali ingatkan "berdoa banyak-banyak ye nak pada Allah" .. yalah tokwan insyallah.

Cara minum minyak selusuh tu, selawat dan tuangkan setitis dua kedalam air dan minum serta usapkan sedikit pada perut. Sebaiknya amalkan semenjak kandungan berusia 7bulan. Tapi kalau susah sangat nak buat minyak yang ditanak tu beli ja minyak kelapa dara yang ada dipasaran. Bagi aku 'konsep' dia lebih kurang sama ja.

Sekali lagi aku nak ingatkan untuk hati sendiri terutamanya, sentiasa minta ampun pada Allah, banyakkan bertaubat, mintak maaf pada suami, pada orang tua, doa mereka adalah ikhtiar yang terbaik insyaAllah dengan izinNya.
Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sakit dibahagian vagina semasa hamil

Kad jemputan perkahwinan simple

Sijil SKM hilang