Sakit dibahagian vagina semasa hamil

Assalamualaikum




Saja aje lah nak sharing apa aku rasa time pregnant ni. Memang nampak update tentang pregnancy je kan. Sebenarnya bila tengok 'memori' tahun 2015 ni berapa kerat je yang aku menulis. Memang diakui sejak aku nikah masa agak terbatas. Tambahan pulak dengan kerja yang agak bertimbun kat opis ni ahhhh memang busy lor.

Masuk 26minggu hari tu, bahagian bawah vagina aku agak sakit hingga melarat ke kelengkang. Sampaikan nak berjalan pun tak mampu. Paling terasa time solat dan apabila baring. Perghhh sakitnya nak beralih punggung pun tak mampu. Bila check up dekat KKIA, nurse or doktor cakap perkara normal. Takde benda yang nak dirisaukan.

Oleh kerana kurang berpuas hari dengan jawapan yang nurse or doktor bagi jadi dengan gigihnya aku google. Yelah mana tau kencing kotor ke, baby dah turun ke, uri dibawah ke ... kan?

Dibawah contoh antara simpton yang aku alami (sama macam apa yang aku google) :

 Sakit belakang, sakit girdel pelvis atau sakit pada bahagian paha.

 Sakit pada bahagian dalam pangkal paha atau di celah kelengkang.

 Sakit boleh jadi semakin teruk apabila anda mengangkang, berjalan, naik atau turun tangga atau bergerak-gerak di atas katil.

 Sakit lebih teruk pada waktu malam. Ia boleh mengganggu tidur anda, dan anda mungkin rasa sakit ketika bangun untuk ke tandas pada waktu malam.

Hasil daripada google aku dapat buat kesimpulan yang aku sakit di lantai pelvis. KLIK SINI

Sampai laaaa 1 malam tu, memang tak tertanggung rasanya. Sampaikan nak buka kelengkang pun tak mampu. Sakitnya perit ya amattt. Yelah sampaikan nak buka kelengkang tak mampu, macam mana nak jalan ya idak? So, aku buat keputusan ke Klinik Suri. Iaitu antara pakar sakit puan yang terbaik dan puas hati layanannya,

Esok pagi tu bergegas aku ke Klinik Suri, macam biasa doktor tanya ja masalah aku. Dengan semangatnya aku cerita la. Bla bla bla. Bila doktor check kedudukan baby, uri, semuanya normal. Sedikit sebanyak aku dah lega daaa. Bila doktor tekan di kelengkang aku, memang urat agak timbul dan tegang. "Hmmmmmm urat kamu masuk angin ni! Sebab tu kamu sakit. Sampai tegang macam ni. Takpe saya bagi ubat urat. Jangan risau, ibu hamil boleh makan".

Oh rupanya aku sakit urat. Alhamdulilah la, bila makan ubat urat tu 2 kali ja dengan izin Allah swt hilang segala sakit. Terima kasih doktor. Sekurang-kurangnya doktor tak cakap 'normal' sakit macam tu time mengandung. Kalau tak, aku pun taktahu keadaan aku sebenarnya.

That why laa kenapa aku suka sangat ke Klinik Suri! Doktor memang terbaik!



Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kad jemputan perkahwinan simple

Sijil SKM hilang