MASA

Assalamualaikum.

Bila tengok ja arkib alahai sedihnya. Tersangat kurang menulis sejak 2016 hingga sekarang. Nampak sangat sibuknya. Dalam 2 tahun ni memang saya sangat-sangat sibuk.

Kerjaya
Urusan rumah
Anak

Tambahan sekarang, Ahmad Thaqif semakin membesar. Semakin mencabar jadinya. Dia dah pandai marah, merajuk, mengamuk, bercakap dan sebagainya. Detik-detik yang penuh dengan cabaran buat ibu.


Ekpresi yang Thaqif bagi bila ibu tanya IBU CANTIK TAK? HAHA

Tetiba rasa macam respect pada ibu-ibu yang lahirkan anak yang cuma beza setahun. Mesti penat+letih+stress kan. Saya pun adakalanya rasa macam nak pengsan.Ya Allah.

Ok balik pada point asal. Hari ni rasa ada mood untuk menulis sebab nak sharing 1 perkara tentang MASA.

Jadi mak-mak ni tambahan yang berkejaya bukanlah tugas yang mudah. Mana nak make sure rumah sentiasa berkemas, memasak setiap hari untuk suami tercinta, dan melayani ragam anak yang semakin bersambung sel-sel otak dia. Ya Allah. Mana entah dapat kekuatan semua tu.

Bangun seawal pagi, kadang tak sedar dah pukul 7.45pg. Kejap lagi rushing pulak nak hantar anak ke rumah babysitter dengan jalan yang sesak lagi. Semput rasa. Tu tak termasuk masa yang terbuang sebab nak pujuk anak duduk dalam carseat.

Balik dari kerja berkejar lagi ambil anak, sekali lagi kena pujuk balik rumah. Sebab nak duduk dengan MAK. (Thaqif panggil babysitter dia MAK) Lepas tu, balik rumah kena bergegas masak sebelum azan maghrib. Kalau tak encik abang menjeling aje, takut lambat solat. Ya Allah masa tu, macam sedar tak sedar je 1 2 jam habis macam tu.

Siap masak, lepas maghrib makan. Kena kemas, menyapu satu rumah lepas tu lipat kain. Settle kerja-kerja ni lega sikit. Badan boleh rehat sambil santai borak dengan suami . Anak time ni suami tolong ngasuh. Tapi sedar tak sedar kejap je dah pukul 10, 11 malam. Allah. Cepatnya MASA.

Betul la pepatah MASA ITU EMAS.
Bagi aku EMAS boleh dinilai
Tapi MASA tidak ternilai.

Hargailah dan jangan buang masa.
Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sakit dibahagian vagina semasa hamil

Kad jemputan perkahwinan simple

Sijil SKM hilang